:: kerna hati tak mampu berbicara ::

:: kerna hati tak mampu berbicara ::
...aku penanti yang setia...

Friday, June 7, 2013

:: belajar mengenali cinta dahulu ::

**perasaan sendiri yang mendetikkan kata hati tentang cinta**


cinta adalah suatu perasaan yang lahir dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa,
cinta juga boleh dipelajari dengan rasa mahunya sendiri,
kita mampu belajar mencintai  yang mencintai kita,
kita mampu belajar menghargai  yang menghargai kita,
menyintai bukannya mudah kerana memerlukan pengorbanan,
dicintai pula amatlah payah kerana memerlukan keikhlasan,
bukan mudah kita untuk bertemu dengan cinta yang sebenar,
kerana cinta sebenar sememangnya suatu anugerah,
anugerah terindah,
tapi seringkali cinta menjadi taruhan,
cinta menjadi hukuman,
cinta menjadi persoalan,
cinta menjadi penghalang,
hati inginkan cinta yang bagaimanakah,
belajarlah menghargai cinta,
jangan dipersia cinta takkan kemana,
cinta pertama belum tentu dapat dimiliki,
sedang cinta kedua adalah untuk memperbaiki diri,
sedang yang baik itu buruk buat kita,
yang buruk itu pula sememangnya baik buat kita,
siapa sangka,siapa menduga,
jangan terlalu ikutkan hati,
jangan terlalu mengikut kata rasa,
ikut kata akal fikiran yang mampu berfikir logik,
cuaca boleh berubah,
begitu juga manusia dan cinta...

 ...kau yang terindah...

Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang
Bagai Semalam Semuanya Hilang

p/s : belajar mengenali cinta dulu,cinta bukanlah segalanya tapi kita masih memerlukan cinta...
khas buat pencinta-pencinta yang sudah cukup usia,yang masih mentah lagi masih banyak perkara yang perlu diambil berat,jangan silap membuat keputusan...
**KEJAR CITA-CITA DAHULU DAN CINTA AKAN DATANG KEMUDIAN**

No comments:

Post a Comment