:: kerna hati tak mampu berbicara ::

:: kerna hati tak mampu berbicara ::
...aku penanti yang setia...

Wednesday, February 22, 2012

"memulakan,mengakhirkan = memperbaiki"

15/02/2012-->masuk UuM,sem 6 dah,bukan lagi permulaan,bukan juga pertengahan,tapi dah nak pengakhiran kepada perjuangan aku yang yang keempat,selepas perjuangan aku yang pertama di tadika perpaduan kuala kedah(sekerat jalan saja),perjuangan kedua aku sambungkan di sekolah kebangsaan seri pantai,syokk kenangan duk kelas pandai,last belajar matematik sampai buleh dan dapat pujian cikgu,la nih aku asyik repeat ja matematik,failed+benak!!!,lepas tuh aku teruskan perjuangan aku di sekolah menengah kebangsaan seri pantai,sebelah ja pun,mak tak bagi aku sekolah jauh2,anak dara dia sorang kot...kenangan???tak payah tulis la,panjang berjela,yang pasti dari brutal+tomboy aku jadi ladies sejak mula berkecimpung dengan cinta monyet,alaaaa nama pun budak sekolah kan,tapi sayang cinta bertepuk sebelah tangan,mamat tuh minat kawan aku kot!!!adeyyy la,malu2,tak pasal-pasal frust menangis tak berlagu=result PMR jatuh teruk,tak boleh la pindah sekolah,duk la ngadap mamat tuh dari jauh sampai habis SPM!!!dasyat jugak penangan cinta nih,bila mamat tuh mula ngorat aku balik,aku wat juai mahai!!!geram!!!,hahhahah berhempas pulas+bermain-main di sekolah menengah...sungguh aku tak boleh lupa,nasib dapat gak merasa jadi best student SPM...aci la kan...
hurmmmm....tak dapat masuk U macam kawan-kawan!!!sedih...;-(
--->aku sambung STPM kat sekolah menengah tun sharifah rodziah,sekolah perempuan you...perghhh kejutan budaya aku kena kawan dengan perempuan ja,dulu aku kamceng dengan kawan-kawan lelaki sebab tuh aku kasaq+brutal..."adik beradik semua lelaki"
....cuba bercinta lagi masa nih,tapi mamat tuh curang,biadap!!!padan muka aku permainkan dia balik!!!!sebagai pengajaran semoga dia tak curang lagi dengan perempuan lain"tapi takda rasa cinta pun,kapel sebab bosan takda nak mesej sapa kot,pengaruh kawankah???hahhahah"...
--->dapat UUM!!!yahooo,bidang pendidikan lagi,macam tak percaya ja...aku garang kot,kat kampung dulu orang panggil aku "mak tiri",sebab suka marah adik2 aku,suara aku macam singa betina kata depa...
alhamdulillah...penantian aku terjawab,hasil doa semua orang..."setiap kali orang datang gerai mak aku,depa mesti akan doakan aku berjaya dunia akhirat,cepat kahwin,cepat masuk u,depa kata aku anak yang baik,tak malu tolong mak bapak walau meniaga tepi jalan(sejak darjah 6 lagi aku dah melibatkan diri dalam bisness,hahhahah hebat kan???,hurmmm persoalannya baikkah aku???"
--->aku ingat bila dah masuk u nih ag senang hidup,hahhaha rupanya tak jugak,cikgu aku muhung dulu,kata masuk u senang ja ngaji..cisss rupanya..aku merasa jugak repeat paper matematik!!!aaaarghhhh tekakana+muntah darah tengok angka2 nombor nih...
...tapi kan betul jugak cakap orang,bukan senang nak senang,nak susah mudah ja...aku nak senang jadi aku kena bersusah payah dulu la..."ayat pujuk diri.


"jika bicara hati sepetah bicara bibir yang mengungkap kata"

memendam dan meluahkan???
mana satu menjadi pilihan...
seringkali kita meluahkan tapi tiada pula kena pada tempatnya...
seringkali juga kita memendam,terasa sakit pula...
kadang...bicara hati lebih tajam dari bicara bibir yang melafaz kata...
hati lebih mengenali akal yang ligat berfikir sebelum memberi izin bibir untuk bersuara...
hati lebih memahami akal yang ingin meluahkan segala rasa...
tetapi akal pula???
bebas benarkan bibir bicara tanpa memikirkan ada hati yang perlu dijaga...
jika sesuatu kata itu akan melukakan jika kita ungkapkan,memendam lebih baik...
jika sesuatu kata yang kita pendam itu menyakitkan,meluahkan adalah yang terbaik...

***meluah biar bertempat,jangan ada hati yang terguris dengan kata-kata kita,tak mudah menjaga hati orang,tak senang juga menjaga hati sendiri ***