:: kerna hati tak mampu berbicara ::

:: kerna hati tak mampu berbicara ::
...aku penanti yang setia...

Tuesday, April 8, 2014





Jodoh datang lambat, usah dikeluh duhai hati...


Baru-baru ini aku ada mendengar ulangan siaran motivasi “kalau dah jodoh” oleh Ustaz Kazim boleh dikatakan beliau merupakan pakar motivasi yang terkenal dengan siri-motivasi hal-hal berkaitan agama, dan juga hal-hal ke arah perkahwinan dan juga alam perkahwinan. Daripada berdirinya aku dihadapan tv terus terduduk terdiam terpaku aku disitu mendengar ungkapannya “bukan tiada jodoh cuma jodoh datang agak lambat”, tertarik aku pada ungkapan yang dizahirkannya, lalu aku terfikir akan perihal diriku sendiri yang melewati usia wajib berkahwin tetapi masih lagi tiada perancangan untuk berkahwin. Aku tidak menolak perkahwinan, atau tidak mahu berkahwin muda tetapi aku rasakan perkahwinan itu suatu tanggungjawab yang besar dan sangat-sangat besar buat aku. Aku merasakan aku tidak mampu kearah itu atau sememangnya aku tidak layak kearah itu. Orang-orang disekelilingku banyak yang bertanya kenapa masih lagi belum berpunya, turut sama menasihati aku agar tidak meletakkan hantaran yang tinggi agar aku tidak menjadi anak dara tua kerana mahalnya hantaran aku yang mahukan, bukan soal hantaran yang tinggi, bukan soal tiada yang datang meminang, soalnya jodohku belum berseru atau mungkin datang lambat, hanya tuhan saja yang tahu akan segala rasa isi hatiku,kehendak inginku dan segala rahsia hidupku. Aku juga trauma dan dilema berkenaan perkahwinan, trauma aku kepada alam perkahwinan mereka yang kurang bernasib baik dengan setiap permasalahan yang tidak menyebelahi nasib kaum wanita. Pergaduhan diantara suami isteri, percampuran mertua dalam hal rumahtangga, masalah anak-anak dan macam-macam lagi yang boleh menjejaskan rumahtangga yang dibina.Trauma dan dilema yang pada asalnya bukanlah tentang diri aku tetapi menjadi pengajaran kepada diri aku. Berbalik kepada  jodoh datang lambat, aku kira aku termasuk di dalam golongan bagi kategori itu kerana sehingga hari ini aku masih lagi belum berkahwin sedangkan teman-teman sepermainan, sepersekolahan aku sudah mempunyai kehidupan berumahtangga masing-masing, ramai juga yang sudah punya cahaya mata, aku tidak cemburu akan kebahagiaan mereka malah aku turut sama mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan kerna aku tahu setiap cara bahagia manusia itu berbeza-beza, walau rasa bahagianya akan sama di pengakhirannya. Aku dapat lihat rasa bahagia yang mereka kecapi, rasa halalnya bahagia yang aku sendiri masih belum berkesempatan untuk merasai walau mereka bermula secara sederhana sahaja untuk berbahagia, majlis yang sederhana namun tetap juga bahagia. Sedang aku mengimpikan majlis yang sempurna masih belum datang serunya, jadi kerna itu aku kira jodohku datang lambat barangkali. Mungkin berkesempatan berhidup bersama jodoh yang aku ingini di dunia ini, mungkin juga kesempatan itu mampu aku miliki di hari sana nanti siapa tahu sedangkan segala-galanya sudah tertulis untukku. Namun, aku juga manusia biasa menginginkan kesempurnaan walau yang sebenar-benarnya tiada manusia yang sempurna melainkan hanya yang cuba memperbaiki diri, dan aku ingin jadi salah satunya. Bukan kesempurnaan kehidupan yang aku dambakan melainkan turut sama merasakan kebahagiaan sebagaimana mereka yang lain rasa, tapi jika tidak layaknya aku turut sama merasa erti perkahwinan aku perlu belajar redha dengan setiap kenyataan, aku harus berhenti mengeluh bertanyakan bila aku akan memiliki kehidupan seperti itu juga sedangkan masih banyak lagi perkara lain yang perlu aku fikirkan dan laksanakan selagi hayat dikandung badan. Berfikir positiflah mungkin hikmahnya akan jelas kelihatan walau bukan hari ini mungkin di masa depan...




: setiap daripada kita punya impian yang sendiri,punya harapan yang tinggi dan aku tidak terkecuali,impian bersulam harapan,semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku dan dia jika benar dia adalah jodohku didunia,jika tidak redhailah hatiku dengan setiap ketentuanmu :
: ct 08/04/14 :