Jodoh datang lambat, usah dikeluh duhai hati...
Baru-baru ini aku ada
mendengar ulangan siaran motivasi “kalau dah jodoh” oleh Ustaz Kazim boleh
dikatakan beliau merupakan pakar motivasi yang terkenal dengan siri-motivasi
hal-hal berkaitan agama, dan juga hal-hal ke arah perkahwinan dan juga alam
perkahwinan. Daripada berdirinya aku dihadapan tv terus terduduk terdiam
terpaku aku disitu mendengar ungkapannya “bukan tiada jodoh cuma jodoh datang
agak lambat”, tertarik aku pada ungkapan yang dizahirkannya, lalu aku terfikir
akan perihal diriku sendiri yang melewati usia wajib berkahwin tetapi masih
lagi tiada perancangan untuk berkahwin. Aku tidak menolak perkahwinan, atau
tidak mahu berkahwin muda tetapi aku rasakan perkahwinan itu suatu
tanggungjawab yang besar dan sangat-sangat besar buat aku. Aku merasakan aku
tidak mampu kearah itu atau sememangnya aku tidak layak kearah itu. Orang-orang
disekelilingku banyak yang bertanya kenapa masih lagi belum berpunya, turut
sama menasihati aku agar tidak meletakkan hantaran yang tinggi agar aku tidak
menjadi anak dara tua kerana mahalnya hantaran aku yang mahukan, bukan soal
hantaran yang tinggi, bukan soal tiada yang datang meminang, soalnya jodohku
belum berseru atau mungkin datang lambat, hanya tuhan saja yang tahu akan
segala rasa isi hatiku,kehendak inginku dan segala rahsia hidupku. Aku juga
trauma dan dilema berkenaan perkahwinan, trauma aku kepada alam perkahwinan
mereka yang kurang bernasib baik dengan setiap permasalahan yang tidak
menyebelahi nasib kaum wanita. Pergaduhan diantara suami isteri, percampuran
mertua dalam hal rumahtangga, masalah anak-anak dan macam-macam lagi yang boleh
menjejaskan rumahtangga yang dibina.Trauma dan dilema yang pada asalnya
bukanlah tentang diri aku tetapi menjadi pengajaran kepada diri aku. Berbalik
kepada jodoh datang lambat, aku kira aku
termasuk di dalam golongan bagi kategori itu kerana sehingga hari ini aku masih
lagi belum berkahwin sedangkan teman-teman sepermainan, sepersekolahan aku
sudah mempunyai kehidupan berumahtangga masing-masing, ramai juga yang sudah
punya cahaya mata, aku tidak cemburu akan kebahagiaan mereka malah aku turut
sama mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan kerna aku tahu setiap cara bahagia
manusia itu berbeza-beza, walau rasa bahagianya akan sama di pengakhirannya.
Aku dapat lihat rasa bahagia yang mereka kecapi, rasa halalnya bahagia yang aku
sendiri masih belum berkesempatan untuk merasai walau mereka bermula secara
sederhana sahaja untuk berbahagia, majlis yang sederhana namun tetap juga bahagia.
Sedang aku mengimpikan majlis yang sempurna masih belum datang serunya, jadi
kerna itu aku kira jodohku datang lambat barangkali. Mungkin berkesempatan
berhidup bersama jodoh yang aku ingini di dunia ini, mungkin juga kesempatan
itu mampu aku miliki di hari sana nanti siapa tahu sedangkan segala-galanya
sudah tertulis untukku. Namun, aku juga manusia biasa menginginkan kesempurnaan
walau yang sebenar-benarnya tiada manusia yang sempurna melainkan hanya yang
cuba memperbaiki diri, dan aku ingin jadi salah satunya. Bukan kesempurnaan
kehidupan yang aku dambakan melainkan turut sama merasakan kebahagiaan
sebagaimana mereka yang lain rasa, tapi jika tidak layaknya aku turut sama
merasa erti perkahwinan aku perlu belajar redha dengan setiap kenyataan, aku harus
berhenti mengeluh bertanyakan bila aku akan memiliki kehidupan seperti itu juga
sedangkan masih banyak lagi perkara lain yang perlu aku fikirkan dan laksanakan
selagi hayat dikandung badan. Berfikir positiflah mungkin hikmahnya akan jelas
kelihatan walau bukan hari ini mungkin di masa depan...
: setiap daripada kita punya impian yang sendiri,punya harapan yang tinggi dan aku tidak terkecuali,impian bersulam harapan,semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku dan dia jika benar dia adalah jodohku didunia,jika tidak redhailah hatiku dengan setiap ketentuanmu :
: ct 08/04/14 :
: ct 08/04/14 :