:: kerna hati tak mampu berbicara ::

:: kerna hati tak mampu berbicara ::
...aku penanti yang setia...

Sunday, August 21, 2011

masih dengan janjiku...

aku bukan pujangga cinta...
bukan juga pemain cinta...
tapi aku mengemis sebuah cinta...
cinta daripada seorang yang bernama lelaki...
hairan,sudah puas ku pujuk hati...
jangan terlalu menyintai...
cukup sekadar memandang dari jauh...
merindu tanpa diketahui...
sedang kini ku mula rasa menjauh hati..
mulai juga aku sedar...
aku bukan yang terbaik untuknya...
bukan juga wanita idamannya...
tapi aku tetap ingin cuba mempertahankan rasa ini...
agar ianya tidak hilang seperti janji-janji yang dibina bersama...
ku cuba mempamerkan kesempurnaan...
walau diriku serba kekurangan...
benar...tiada yang istimewanya tentang diri ini...
aku cuma mampu menjanjikan kesetiaan akan terus menunggu...
tapi itu tidak cukup untuk meyakinkan hatinya...
kadang aku ingin mengalah...
tapi hati degil,tidak juga mahu melepaskan...
lalu ku pujuk hati agar terus memendam segala rasa kecewa...
dan doaku semoga dia menyedari akan hadirku...
hadirku yang ingin cuba membahagiakannya...
dan ini janjiku padanya...
walaupun aku bukan lagi dihatinya...
tapi aku ingin terus hadir dimatanya...
kerna dia cintaku yang terakhir...

Saturday, August 20, 2011

syukur ku sedar...

entah sudah terlambat ataupun masih punya kesempatan,
bukan mudah untuk berubah,tetapi aku cuba juga untuk mengubah,
mimpi indah yang sering kali jelma tika malam menjadi ilham,
ingin aku ubah ianya menjadi sebuah kenyataan...
semalamku dibuai angan-angan dan impain,
siangku dikejutkan dengan kenyataan yang melukakan...
tidak layakkah aku mengecapi kebahagian seperti yang lain...
jika dulu aku berani mencipta impian walau dalam angan,
namun hari ini segalanya goyah...
lidahku kelu untuk terus berkata...
benarkah itu impian atau cuma angan-angan kosong...
aku sendiri keliru dalam permainan hidup ini...
harapan aku seakan musnah,
hati malu untuk terus menyimpan rasa...
ingin saja aku biar semuanya pergi...
tapi tangan ini masih tidak mahu melepas...
lalu aku biarkan hati terus terluka dengan permainan ini...
sedarku akan musnahnya im pian dan harapan saat air mata mengalir tenang dipipi...
semoga aku tabah menempuhi ujian ini...

Friday, August 19, 2011

sekali merenung tidak salah...


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...
copy daripada- Artikel iluvislam.com



Wednesday, August 10, 2011

seru angin mengingatkan tentang kecewa...

berdiri tanpa pegangan bertiangkan dahan nan rapuh,seakan berbumbungkan langit,berlantaikan bumi...
angin sepoi yang lalu menyinggah juga boleh memusnahkan,inikan pula taufan yang mendatang...
bicara kini tanpa suara,berjalan pula seakan tiada arahnya...
hanya mampu mendengar tanpa berkata walau sepatah...
yang kedengaran cumalah keluh resah yang sukar untuk ditafsir dengan kata-kata...
tika berjalan,mata dipejam rapat,seakan tidak mahu memandang sekeliling...
sekalipun memandang,tetap saja sama...
tiada perubahan yang dijanjikan...
dan hati mulai penat untuk menunggu dengan lebih lama,bimbang juga tidak sempat...
terasa seperti ingin lari menjauh...
tapi hati masih sayang...
terasa seperti ingin mengalah...
tapi separuh kata hati masih ingin terus berjuang...
berjuang mempertahankan hak mereka...
berjuang mempertahankan kebahagian mereka...
dan soal diriku bukan lagi menjadi keutamaan...
semoga aku masih punya lebih kesempatan...


*dalam hidup...tak semua yang kita impikan kita akan dapat,cukuplah jika kita boleh membuatkan impian mereka tercapai*

Sunday, August 7, 2011

~~hakikat hati sedang terluka~~

sedang kaki melangkah,hati tiba-tiba mengeluh sendirian,seribu persoalan bermain di fikira,.sampai bila harus begini,hati ingin mencari ketenangan tapi seakan sukar untuk bertahan lamanya...saat aku sendiri,aku cuba mencari jawapan,jawapan di setiap persimpangan jalanku,adakah benar jalan yang aku ambil hasil dari keputusan yang hati buat??mengikut kata rasa bimbang aku binasa,mengikut kata hati aku takut mati...sungguh aku buntu dengan permainan ini,ingin saja aku lari menjauh hati,membiarkan persoalan ini terkapai-kapai mencari sendiri,tapi aku inginkan sebuah kehidupan yang sempurna,bahagia walau sukar untuk ku capai...lalu aku putuskan untuk terus berjuang selagi hayat dikandung badan,dan segalanya ku serah kepada takdir yang telah tercipta khas untukku...dan saat ini aku memerlukan seseorang yang boleh ku jadikan tempat ku bersandar saat hati penat menanggung rasa sakit,seseorang yang boleh mengesat air mataku saat menitis kerana terluka...memerlukan tangan yang boleh membimbingku ke jalan yang benar,memimpinku menyeberangi jalan saat aku takut berhadapan dengan hakikat sebenar...


<really need someone to hear  my heart was crying this moment>