:: kerna hati tak mampu berbicara ::

:: kerna hati tak mampu berbicara ::
...aku penanti yang setia...

Wednesday, December 21, 2011

"ku sangka panas hingga ke petang"

siapa sangka...
sesuatu perhubungan yang kita harapkan itu,
selalunya berpanjangan,
sampai bila-bila...
seiring sumpah janji,
walau bukan sehidup semati...
kadang dihadapan hanya bermuka-muka,
bertutur mesra...
tapi hatinya???
tuhan saja yang mengetahui,
akan apa niat yang sebenar...
walau kenal tidak lama,
walau kata jarang bersepakat,
tapi hati sudah cukup kenal,
dimana buruknya dimana baiknya...
jika buruk seorang teman didedahkan,
jika lemah seorang sahabat diaibkan,
kawankah dia???
membenci seakan tiada pernah menyayangi...
menyayangi sehingga terlupa akan membenci...
jika kebencian itu noktah terakhir,
hati harus akur akan permainan persahabatan...
dan sekali terlupa dia pernah bergelar sahabat...


:: moralnya : berkawan biar berpada,kawan boleh menjadi lawan kerana dia musuh dalam selimut yang terbaik ::

Friday, September 9, 2011

terasa ingin menulis...

syukur alhamdulillah...
ramadhan semalam berjaya juga dilewati dengan tabah dan sabar,
syukur alhamdulillah juga...
masih diberi kesempatan beraya bersama keluarga tahun ini,
ku harap masih punya kesempatan lagi dimasa-masa akan datang...
kesempatan aku untuk melaksanakan suruhanNYA...
kesempatan aku untuk memperbaiki kelemahan diri...
bukan kesempurnaan yang aku inginkan,cukuplah sekadar mengatasi setiap kelemahan diri...
kucuba buang segala sifat buruk tentang diri ini agar menyenangi...
kucuba rendahkan ego dalam hati agar perbalahan dapat diatasi...
sungguh aku rela berkorban,
hanya kerna yang bernama sebuah kebahagian...
dan yang ku harapkan sebagai balasan...
hati ini juga turut dibahagiakan sebagaimana aku cuba membahagiakan...

Sunday, August 21, 2011

masih dengan janjiku...

aku bukan pujangga cinta...
bukan juga pemain cinta...
tapi aku mengemis sebuah cinta...
cinta daripada seorang yang bernama lelaki...
hairan,sudah puas ku pujuk hati...
jangan terlalu menyintai...
cukup sekadar memandang dari jauh...
merindu tanpa diketahui...
sedang kini ku mula rasa menjauh hati..
mulai juga aku sedar...
aku bukan yang terbaik untuknya...
bukan juga wanita idamannya...
tapi aku tetap ingin cuba mempertahankan rasa ini...
agar ianya tidak hilang seperti janji-janji yang dibina bersama...
ku cuba mempamerkan kesempurnaan...
walau diriku serba kekurangan...
benar...tiada yang istimewanya tentang diri ini...
aku cuma mampu menjanjikan kesetiaan akan terus menunggu...
tapi itu tidak cukup untuk meyakinkan hatinya...
kadang aku ingin mengalah...
tapi hati degil,tidak juga mahu melepaskan...
lalu ku pujuk hati agar terus memendam segala rasa kecewa...
dan doaku semoga dia menyedari akan hadirku...
hadirku yang ingin cuba membahagiakannya...
dan ini janjiku padanya...
walaupun aku bukan lagi dihatinya...
tapi aku ingin terus hadir dimatanya...
kerna dia cintaku yang terakhir...

Saturday, August 20, 2011

syukur ku sedar...

entah sudah terlambat ataupun masih punya kesempatan,
bukan mudah untuk berubah,tetapi aku cuba juga untuk mengubah,
mimpi indah yang sering kali jelma tika malam menjadi ilham,
ingin aku ubah ianya menjadi sebuah kenyataan...
semalamku dibuai angan-angan dan impain,
siangku dikejutkan dengan kenyataan yang melukakan...
tidak layakkah aku mengecapi kebahagian seperti yang lain...
jika dulu aku berani mencipta impian walau dalam angan,
namun hari ini segalanya goyah...
lidahku kelu untuk terus berkata...
benarkah itu impian atau cuma angan-angan kosong...
aku sendiri keliru dalam permainan hidup ini...
harapan aku seakan musnah,
hati malu untuk terus menyimpan rasa...
ingin saja aku biar semuanya pergi...
tapi tangan ini masih tidak mahu melepas...
lalu aku biarkan hati terus terluka dengan permainan ini...
sedarku akan musnahnya im pian dan harapan saat air mata mengalir tenang dipipi...
semoga aku tabah menempuhi ujian ini...

Friday, August 19, 2011

sekali merenung tidak salah...


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...
copy daripada- Artikel iluvislam.com



Wednesday, August 10, 2011

seru angin mengingatkan tentang kecewa...

berdiri tanpa pegangan bertiangkan dahan nan rapuh,seakan berbumbungkan langit,berlantaikan bumi...
angin sepoi yang lalu menyinggah juga boleh memusnahkan,inikan pula taufan yang mendatang...
bicara kini tanpa suara,berjalan pula seakan tiada arahnya...
hanya mampu mendengar tanpa berkata walau sepatah...
yang kedengaran cumalah keluh resah yang sukar untuk ditafsir dengan kata-kata...
tika berjalan,mata dipejam rapat,seakan tidak mahu memandang sekeliling...
sekalipun memandang,tetap saja sama...
tiada perubahan yang dijanjikan...
dan hati mulai penat untuk menunggu dengan lebih lama,bimbang juga tidak sempat...
terasa seperti ingin lari menjauh...
tapi hati masih sayang...
terasa seperti ingin mengalah...
tapi separuh kata hati masih ingin terus berjuang...
berjuang mempertahankan hak mereka...
berjuang mempertahankan kebahagian mereka...
dan soal diriku bukan lagi menjadi keutamaan...
semoga aku masih punya lebih kesempatan...


*dalam hidup...tak semua yang kita impikan kita akan dapat,cukuplah jika kita boleh membuatkan impian mereka tercapai*

Sunday, August 7, 2011

~~hakikat hati sedang terluka~~

sedang kaki melangkah,hati tiba-tiba mengeluh sendirian,seribu persoalan bermain di fikira,.sampai bila harus begini,hati ingin mencari ketenangan tapi seakan sukar untuk bertahan lamanya...saat aku sendiri,aku cuba mencari jawapan,jawapan di setiap persimpangan jalanku,adakah benar jalan yang aku ambil hasil dari keputusan yang hati buat??mengikut kata rasa bimbang aku binasa,mengikut kata hati aku takut mati...sungguh aku buntu dengan permainan ini,ingin saja aku lari menjauh hati,membiarkan persoalan ini terkapai-kapai mencari sendiri,tapi aku inginkan sebuah kehidupan yang sempurna,bahagia walau sukar untuk ku capai...lalu aku putuskan untuk terus berjuang selagi hayat dikandung badan,dan segalanya ku serah kepada takdir yang telah tercipta khas untukku...dan saat ini aku memerlukan seseorang yang boleh ku jadikan tempat ku bersandar saat hati penat menanggung rasa sakit,seseorang yang boleh mengesat air mataku saat menitis kerana terluka...memerlukan tangan yang boleh membimbingku ke jalan yang benar,memimpinku menyeberangi jalan saat aku takut berhadapan dengan hakikat sebenar...


<really need someone to hear  my heart was crying this moment>

Friday, July 29, 2011

~~RaMaDhAn YaNg kUrInDuI~~

~~salam ramadhan buat semua umat islam di muka bumi allah ini,semoga ramadhan kali ini membawa sejuta keberkatan dalam hidup kita,menyalakan lagi sinar bahagia dalam hidup kita,semoga allah sentiasa merahmati hidup kita semuanya...bersyukurlah atas limpah rahmat kurnianya,kita masih diberi peluang untuk merasai apa yang dinamakan hidup,diberi peluang kedua untuk membetulkan setiap kesilapan yang pernah kita lakukan,memperbaiki diri kita supaya menjadi yang lebih baik lagi,berbanding mereka yang terlebih dahulu dijemput allah,kita hari ini masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan ibadahNYA...berpuasa bersama keluarga yang kita cintai,nasib kita mungkin lebih baik dari mereka yang terpaksa berpuasa sendirian tanpa keluarga yang tercinta...




~~al fatihah juga buat arwah abg syah yang hampir 12 tahun telah pergi meninggalkan kami,rasa rindu itu tak pernah hilang,dia abg yang amat ku sayang...sayangnya terlalu muda usianya ketika dia pergi,mungkin ada hikmahnya,dan kami perlu redha atas pemergiannya...menjelang ramadhan hati ini sering rasa rindu kepadanya...teringat kembali kenangan kami ketika dia masih lagi bersama-sama..seringkali aku bergaduh dengannya,kerna sikapnya yang suka mengusik,kenangan itu sehingga hari ini sukar untuk aku lupakan,jika masa boleh diulang kembali,takkan sesekali aku bergaduh dengannya...dia abg yang baik,sayang akan adik-adiknya...walau dia telah lama pergi,terasa seakan dia masih ada,ditambah dengan kehadiran seseorang dalam hidupku kini yang sedikit sebanyak mengingatkan aku kepada arwah abg,sikap mereka yang serupa,senyum mereka yang sama...menjadi pengubat rindu aku kepada arwah abg..semoga allah menempatkan arwah abg dalam kalangan mereka yang beriman...aminnnn

Thursday, July 28, 2011

~~NiAt~~

Tahukah engkau apa yang kurasa
Ketika hatiku merindui
Tika diriku jatuh cinta
Tika diriku bersendiri

Sudikah engkau turut merasa
Gelora hatiku yang mendalam
Cinta suci yang mencengkam
Terasa sukar kutempuhi

Memang niatku mengharap
Belai cintamu untukku
Moga engkau sayang padaku

Apalagi andai bercinta
Sudah pasti ku bahagia
Kerana mu memang kusayangi

Ingin hatiku rasa disayangi
Ingin menyayangi insan sepertimu

Tuesday, July 26, 2011

~~TeMaNkU HaNyA SeBaTaNg pEnA~~

mendengar tidak semestinya memahami akan apa yang diluahkan...mereka mungkin boleh menjadi teman setia ketika mendengar setiap keluh resah kita,setia melihat tangis nitis dipipi,tapi akan setiakah mereka untuk terus menghapus air mata yang mengalir itu...memahami bukannya mudah,hanya yang merasainya lebih kenal erti sakit,lebih kenal erti luka...
berbicara memang mudah,semudah angin lalu tanpa sekatan...tanpa ada yang menghalang...tanpa ada yang mengecil hati...
***aku biasakan diri memendam segala rasa,biar hanya terungkap atas sekeping kertas yang tiada nyawanya,biar pena terus melakar segala kata...kata yang aku sendiri tidak tahu pada siapa harus kubicara...tangisku dalam gelap,biar mereka tiada melihat...marahku,sukaku,cemburuku,semuanya kusemadikan bersama pena hati...kadang memendam lebih baik dari meluah,biar hati sakit menanggung rasa,asalkan kesangsianku akan nilai kesetiaan mereka terjaga....teman datang dan pergi dalam hidup,tak mungkin akan terus setia bersama,ku ajar diri hidup sendiri,mungkin ada baiknya begini....

~~rAnCaNg2 hIdUp~

  1. 2009-2013 : nak tamatkan pengajianku di universiti utara malaysia(uum jurusan ijazah  pendidikan pengurusan perniagaan)
  2. 2014 : permulaan tahun selepas tamat pengajian,terus nak mintak kerja,harap-harap dapat posting dekat-dekat ja<nak mulakan di tempat sendiri dulu,baru boleh merantau>,jimat kos+tak berjauhan dengan family+sidia...hehehhe...<jadi lah cikgu siti kalau panjang umur>
  3. 2014 : akhir tahun proses beli rumah <mak teringin nak duduk umah banglo>untuk my family selesai,insyaallah...harap-harap hajat yang satu ini tertunai..."buat loan dulu la"
  4. 2015 : mula nak perkesah pasal diri sendiri...hope mampu beli kereta sendiri,secondhand perdana merah pun jadi la..."kereta secondhand bayar cash,pening banyak hutang nanti"
  5. 2016 : kalau segala hal family,mak abah.adik-adik di kedah selesai ingat nak try posting di sabah atau sarawak,teringin nak merantau jauh+kumpul pengalaman banyak-banyak..nak try mengajar anak-anak orang asli pedalaman lak...time nih baru boleh lepas tangan kot...
  6. 2017 : kumpul duit banyak-banyak nak sambung belajar peringkat master lak,sangat-sangat suka belajar....kalau diberi keizinan...insyaallah..
  7. 2017-2018 : insyaallah sambung belajar master....
  8. 2018-??? : kalau panjang umur,murah rezeki,sampai seru kahwin la kot,tu pun kalau ada yang sanggup tunggu...hehhehe kalau takda jodoh sambung belajar pHd @ ambil anak angkat ramai-ramai...
  9. 2018---?????biar takdir yang menentukan segalanya....

Monday, July 25, 2011

~~sEdIkIt tEnTaNg DiRi iNi~~

  • saya tak pandai memasak tapi saya rajin : orang cakap saya pandai memasak padahal langsung tak,ada masalah nak ingat resipi yang mak dah ajar tapi saya rajin memasak dan sangat suka memasak walaupun adik-adik selalu komen masakan  saya tak sesedap masakan mak,sedih tapi memang betul,mak masak sangat sedap semua orang memuji,kalaulah saya pandai masak macam mak...tapi kan,saya reti buat kuih-muih...hehhehe
  • saya tak pandai tapi saya suka belajar : saya tak pandai matematik,memang tak boleh masuk pun!!!selalu fail subjek yang ada math!!!dan sebab subjek nih habis result exam saya!!!entah bila nak pandai...teringin nak rasa dekan masa kawan yang lain...hurmmm macam rasa tak layak ja nak kawan dengan kawan-kawan yang pandai apa lagi berkapel dengan orang yang pandai,rasa rendah diri sangat-sangat...bila mereka bercerita pasal kejayaan,kecemerlangan mereka saya hanya mampu terdiam,hati hanya tuhan saja yang tahu...tapi saya sangat suka belajar,impian saya nak sampai Phd...nak jadi pensyarah...salah satu sebabnya gaji mahal,boleh bantu mak dengan adik-adik nanti...mak pandai memujuk hati nih,mak cakap belajar bukan untuk dapat A asalkan lulus pun dah cukup,rasa terubat sedikit kekecewaan ini...sayang mak sampai bila-bila!!!!
  • tulisan saya tak cantik tapi saya suka menulis :tulisan saya sangat teruk!!!mengalahkan tulisan doktor,tapi saya sangat suka menulis,masa zaman sekolah saya ada menulis novel "biar takdir menentukan segalanya"kawan-kawan tak sabar nak tahu ending...heheheh bakat kejiwangan ni mendorong saya untuk bercinta dalam karya sendiri,itu semua hobi ja,kalau ada rezeki nak jugak jadi penulis nanti,tapi faktor kesibukan tak mengizinkan lagi..."pelik jugak,tulisan saya tak cantik,tapi cikgu kat sekolah dulu suka ambil buat contoh bagi budak-budak ikut macam saya,katanya tulisan saya dalam kertas exam besar,pemeriksa kertas tak payah pakai cermin mata dah masa nak chek..hehehhe"
  • saya tak kreatif tapi saya sukakan kekemasan : saya tak kreatif macam orang lain,berseni,tangan halus,saya nih kasar+brutal lagi,sekarang nih baru belajar balut hadiah bagi orang sebelum nih upah ja,heheheh 
  • saya tak reti menjahit,menganyam,mengait : ini lagi la...tak reti langsung dan tak suka!!!memeningkan+menyakitkan mata yang dah rabun nih ja...hehhehe tapi mak saya sangat pandai menjahit+mengait...mak dah ajar tapi still tak pandai lagi...alngkah benak sungguh!!!kalaulah saya pandai macam mak...
  • saya seorang yang garang tapi orang tak takut kat saya pun :hehehhe kenapa entah mereka tak takut,bila saya marah,katanya lawak...dulu adik-adik takut jugak,tapi hari ini saya yang takut dengan adik-adik...
  • saya tak cantik macam mereka yang lain tapi saya suka senyum : orang cakap kalau saya senyum saya nampak comel la sikit...hehehhe senyum aja la kan walau tak santik pun,tapi saya bersyukur dengan apa yang saya miliki hari nih,alhamdulillah...mak pernah cakap kalau saya cantik saya akan jadi sombong...mungkin ada hikmahnya la kan...
  • saya suka tidur sebab tu la saya gemok...hahhahahah suka sangat-sangat tidur petang,asal ada masa free ja terlelap la saya kat bantal...tak boleh tidur without my huge pillow...hehhehe

~~DuGaAn dAn KeBaHaGiAn iTu dArIPaDaNYA...~~

dikala siang diriku mencari persoalan...
tatkala malam hatiku mencari jawapan...
kerlipan bintang di langit seakan ingin memberitahu sesuatu...
sinar cahaya bulan pula seakan cuba menerangkan...
namun,aku masih buntu...
jawapan itu masih juga tidak aku temu...
sedangkan persoalan itu diriku yang mencipta sendiri...
kenapa hati sukar pula merungkaikan jawapannya...
setia tangan ku tadah sambil memandang ke langit...
aku mohon sejuta petunjuk...
sejuta kali bantuan daripada Yang Maha Esa...
agar kebuntuanku terjawab...
ku mohon juga agar dijauhi daripada kekusutan kata-kata...
bicara bibir dan juga hati...
ku mohon juga ketenangan hati agar fikiranku mudah mentafsir segala bicara tentang hidup...
ku mohon juga agar segala duka yang ku lalui dibawa pergi angin lalu...
ku mohon kekuatan hati agar aku menjadi tabah untuk meniti arus dugaan hadapan...
ku mohon segala-galanya dariNYA...
kerna ku tahu hanya DIA tempat ku mengadu...
hanya DIA tempat ku meminta...
kerna hanya DIA pemberi ketenangan...
alhamdullilah...sujud syukurku padaMU...
kau permudahkan urusanku...
ku anggap ujian semalam adalah tarbiyah dariMU...
dan kebahagian hari ini adalah anugerah...

Tuesday, July 19, 2011

Ku cUbA UnTuK TeRuS SeTiA...

bicara bibir kepada hati,
bicara tangan kepada kaki,
bicara telinga kepada mata,
bibir hanya mampu membisu saat hati petah bicaranya...
tangan hanya mampu menggenggam saat kaki mula mengorak langkahnya...
telinga hanya mampu mendengar saat mata yang tidak pernah ingin melepas pandang...
baris kata hati,mungkin sukar untuk didengari...
hanya tangan yang menggenggam akan cuba menyuarakan...
hanya mata yang terus memandang akan membuatnya faham...
lidah terasa kelu dan bisu saat meminta agar kaki terus mengorak langkah yang sama...
tangan yang menggenggam seakan ingin memberitahunya akan terus setia...
setia menantinya...
setia bersamanya...
walau berkurun lama...
kerna hanya dia yang aku cinta...

<ketahuilah syg,diri ini setia kepadamu,hanya ingin bersamamu,dan akan terus menanti kamu>




Monday, July 18, 2011

~~KeCeWa sEoRaNg iBu~~

dia tak pernah meminta lebih...
tiada juga meminta balas...
walau dia pernah merasa sakit saat melahirkan...
walau dia merasa susah saat membesarkan...
dia tidak kisah...
asalkan anaknya itu bahagia...
asalkan anaknya itu tidak merasa susah sepertinya...
walau dia terpaksa berkorban segalanya...
masa,tenaga...
demi anaknya...
demi permata hatinya...
walau anak itu seringkali melukakan hatinya...
walau anak itu tiada pernah mengucapkan rasa terima kasih...
walau anak itu tidak pernah ingin membanggakan dirinya...
dia tetap tidak kisah...
selagi nafasnya terasa...
dia hanya ingin melihat rasa bahagia anaknya...
kecewanya dipendam...
tidak pula dia memperbesarkan...
asalkan anaknya bahagia...
itu sudah cukup buatnya...
biar dia rasa kecewa itu asalkan bukan anaknya...



Friday, July 15, 2011

~~kebahagian itu~~

13/11/2010
buat pertama kalinya kurasa bahagia itu akan pergi...
mungkin bukan untuk selamanya tapi saat dia mula pergi tangis dipipi seakan tiada mahu berhenti dari terus menitis...
kuluahkan pada yang bernama kekasih tanpa aku sendiri sedari...
rasa kecewa itu telah aku kongsi buat pertama kali...
sakitnya memendam,memaksaku berterus terang...
ku kira dia juga akan pergi sambil membawa kembali rasa bahagia yang pernah diberi...
namun,dia tetap setia menemani tangis hati ini...
pertama kali kurasa apa yang mereka pernah rasakan...
apa yang seringkali aku takut untuk rasakan...
akan sakitnya kehilangan kebahagiaan...
pertama kali aku juga turut berada di tempat mereka...
sungguh aku tidak kuat untuk hadapinya...
walau penat kaki dan tangan menahan  rasa bahagia itu dari pergi...
tapi separuh dari jiwa bahagia itu kian hilang...
kian tiada serinya...
sejak itu...hati diruntun rasa bersalah...
bersalah kerna tidak mempertahankan rasa bahagia itu...
rasa bahagia itu untuk semua...tapi pergi pula....
saat itu aku merasa akan sakitnya sebuah kehilangan...
setiap saat ku berdoa penuh harap agar rasa bahagia itu kembali...
kembali menjadi milik kami...
13/11/2011...masihkah ada sinar bahagia itu???


~~aku disini hanya mampu berharap,menanti dengan penuh setia,keajaiban pasti ada~~


 

~~bila rasaku ini rasamu~~

walau hari yang ku lalui cerah,kurasa seakan kelam tiada cahaya yang cuba menerang...
walau hari yang ku lalui penuh senyuman,kurasa senyum itu tiada gelak tawanya...
walau hari yang ku lalui dipenuhi orang,kurasa aku sendirian di tengahnya...
walau hari yang ku lalui langkahku cepat ku hayunkan,kurasa degupan jantungku semakin perlahan...
walau hari yang ku lalui hatiku petah berbicara,kurasa bibirku kelu tanpa kata...
semangatku hilang tanpa arah...hanya hadir tatkala aku seru...
seakan tidak ingin terus mendampingi aku...
seakan tidak ingin lagi menemani hariku...
seakan membenciku...
sebagaimana kebahagian yang sudah lama pergi tinggalkan aku sendiri disini...
sebagaimana kegagalan yang berterusan menghimpit diri...
hati merasa bersalah kerna terus membiarkan...
tapi aku juga tidak mampu...
menghadapinya sendiri...sungguh aku tidak kuat...
kadang aku cuba bangun,tapi aku tetap jatuh tersungkur juga...
hilangnya semangat saat kata-kata aku bisukan...
hilangnya semangat saat langkah gayaku matikan...
hilangnya semangat saat mereka mula merasa hampa...
sungguh aku buntu dengan permainan ini...
sungguh aku takut mengecewakan...
sungguh aku memerlukan kebahagian semula...
agar aku kembali kuat dan tabah seperti dulu...

...aku hanya mampu berserah atas jalan takdir yang telah pun tercipta khas untukku dan juga mereka...


 

Monday, July 11, 2011

~~madahku kerna bicaranya hati~~

tidak aku menjanjikan kebahagian...
tapi aku akan cuba membahagiakan...
tidak aku menjanjikan kekakayaan...
tapi aku akan cuba menyenangkan...
tidak aku menjanjikan kesetiaan...
tapi aku akan cuba menjanjikan kejujuran...
tidak aku menjanjikan kasih sayang...
tapi aku akan cuba terus merindu...
tidak aku menjanjikan kemenangan...
tapi aku akan cuba mengatasi kekalahan...
tidak aku menjanjikan impian...
tapi aku akan cuba jadikan mimpi suatu kenyataan...
tidak aku menjanjikan semua...
tapi aku akan cuba merealitikannya...

<jadilah kita manusia yang berpegang pada janji,sebagaimana janjiku untuk menjadi hamba allah yang beriman dan  solehah,anak yang solehah dan taat kepada kedua orang tua,seorang kakak dan adik yang baik kepada saudaraku,seorang sahabat yang ikhlas dan seorang kekasih yang setia...insyaallah>

Saturday, July 9, 2011

~~aku namakan ini cinta~~

 sejak dulu lagi...
 mata ini suka memandang kamu dalam diam secara curi-curi walau hanya dari jauh...
walau kamu tak pernah memandang ku kembali...
telinga ini suka mendengar suara kamu saat kamu petah bicaranya bersama teman...
walau kamu tak pernah ingin berbicara denganku...
hati ini berkata suara kamu menghilangkan rasa rindu...
kaki ini bicara langkah kamu dimataku mendebarkan rasa hati...
saat kamu menghampiri,aku seakan ingin pula menjauh...
namun rasa yang kualami tak mampu aku halang dari terus ada...
kerna ini aku namakan cinta...
aku namakan ini cinta sejak kelibat kamu mula aku cari bila akau tidak aku temui...
aku namakan ini cinta sejak aku mula rasa ada rindu yang menghubungkan kita...
aku namakan juga ini cinta sejak kamu juga menyatakan cinta...
dan terima kasih cinta...




 

Sunday, June 26, 2011

~~mEnUnGgU~~

menunggu saat kebahagian itu menjadi milikku...
saat kami diijabkabulkan...
bersaksikan para malaikat dan keagungan kuasa tuhan...
sekalian alam yang mendoakan,akan bersatunya lagi anak-anak adam
menunggu aku menjadi halal baginya...
dan menunggu dia menjadi halal bagiku...
saat itu...
aku yakin untuk meluahkan rasa cinta ini...
saat itu...
aku yakin ingin menyentuhnya...
tanpa rasa ragu,tanpa rasa bimbang,tanpa juga rasa takut...
dan ketika itu...
aku akan berjanji selamanya aku akan menjadi miliknya yang abadi...
kerna aku yakin tuhan telah berjodohkan kami disini...
 
<aku akan terus menunggu saat ini kunjung dalam diari hidupku>

Saturday, June 25, 2011

~~lagu tika merindu : ashiteru~~


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana
[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Ulang [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo
Ulang [*][**]

Friday, June 24, 2011

~~iMpIaN YaNg mUlAi KuSuLaM hArApAn~~

jika semalam aku hanya ingin menyintainya...
jika semalam aku hanya ingin menyukainya...
jika semalam aku hanya ingin merinduinya...
aku hanya ingin dia menemaniku...
hari ini...aku ingin dia menyintaiku...
hari ini...aku ingin dia meyukaiku...
hari ini...aku ingin dia merinduiku...
aku hanya ingin dia bersamaku...
kerna dia...telah mengajarku sesuatu...
kerna dia telah membisukan bicaraku...
kerna dia telah menghentikan tingkah lakuku...
kerna dia sumber inspirasiku...
dia...mengajarku akan ertinya impian...
dia...memberikan aku sekeping hati bersama harapan...
dia...membisukan bicara petahku dalam berkata-kata cinta sehinggakan ungkapan hati sukar untuk aku luahkan depan matanya...
dia...membuatkan tingkah gayaku kaku,tiada langkah yang ingin ku hayun saat dia ada disampingku,seolah menanti waktu itu terhenti dengan sendiri,agar lebih lama masa untukku bersama dengannya lagi...
dia...inspirasiku,setiap rindu yang kurasakan ku titipkan dalam bicara hatiku,lalu ku semadikan atas penaku,agar dia memahamiku,kerna bibirku menjadi kelu saat dia dekat denganku...
meluahkan rasa sayang untuknya saat dia menjadi halal bagiku adalah impian,dan untuk terus bersama menyayanginya adalah harapan...


<untuk dia yang bernama kekasih,terima kasih kerna membalas rasa kasihku,akanku didik hati ini dengan nilai setiamu>



~~aKu mEnUlIs KeRaNa tErInGaT~~

.....mengenalinya dari A sampai Z......


---> kami punya minat yg sama : suka cuci-cuci mata tgk mamat jambu lalu depan mata,tp tak ngorat  pun,tunggu mamat tuh pilih salah seorang dari kami,kalau dia pilih salah seorang dari kami ,kami takkan layan!!!sebab dia kena pilih kedua-duanya,bukan untuk bercinta pun tapi untuk berkawan ja...
--> paling suka makan kongsi dengan dia,setiap yang kami order akan kami kongsi bersama,sepatutnya tak kenyang tapi kami rasa kenyang sbb kami rasa happy bersama!!!
--> kami ada baju kapel...satu merah satu pink,dia yang belikan hasil dia jual handphone bf dia!!!sungguh aku terharu!!!aku simpan lagi baju tuh,walau dah tak muat untuk aku pakai!!!
-->teringat masa zaman sekolah,dia naik basikal p skolah,tapi sanggup menuntun demi nak berjalan kaki dengan aku!!!sbb aku takda basikal,nak naik sama-sama aku terlalu berat!!kesian dia,demi nak teman aku,sambil jalan sambil kami ngorat!!balik sekolah tak balik terus lagi,singgah makan ais kacang maksu...3 kupang,murah....tapi dsbbkan kami slalu p,dia naik harga jadi 5 kupang,taklh mkn byk dah la...hehehhe 
--> dia pandai matematik,aku jeles!!!matematik dia slalu dapat B++ dan aku bengap matematik dan buktinya sampai ke hari nih!!harap anak-anak aku nanti tak mewarisi bakat aku..hehehhehe
-->dia punya minat yang sama dengan aku!!!kami jiwang karat,bab nak mengayat serah ja kat kami,ilham kami datang dari tengah sawah sambil tengok matahari terbenam sama-sama,harap dapat buat mcm nih lagi dengan dia...
-->impian kami,nak kapel ngan owg yang ada kembaq,tak kisah la dia amik abg,aku amik adik pun janji kembaq,sbb kami nak kuar dating sama-sama,tapi hajat tak kesampaian dia ja yang dapat kapel ngan kembaq,dan masa tuh aku solo ag..huhuhu rasanya kami juga pernha suka orang yang sama,tapi kalau benar aku sanggup korbankan perasaan aku tuh demi dia sbb aku syg dia...dia dah mcm adk kembaq aku!!!sbb tu la kami nak kapel ngan owg kembaq...hhehheh
-->fisrt time kami sembahyang raya sama-sama,tema tahun tuh kaler purple,baju kami pun nak sama,konon-konon nak sama kaler ngan bf masing-masing la...tapi tu semua tinggal kenangan ja,kami tak lama kapel pun....kami nekad tinggal bf kami!!!huhuhu
-->gadoh kami tak lama,kalau jumpa pasti nak tergelak sbb kena wat muka siyess..sumpah aku tak suka gadoh ngan dia!!!sbb dia ja kawan yang aku ada!!
-->mempunyai teman yang banyak kerenah mcm dia kadang-kadang memeningkan untuk difahami,kadang-kadang dia nih ikut hangin jugak,tuh yang aku tak suka tuh.tapi dia baik,dia pendengat setia aku,dia suka belanja aku mkn mtk dwet blanja lebih kat ayah dia semata-mata nak belanja aku mkn..sedih+terharu tapi best....hehhe


p/s : itu semua dulu,sekarang nih,kami dekat sangat tapi seolah ada batu yang menghalang aku untuk aku terus lihat dia,lihat kejayaan dia,kebahagiaan dia...egokah aku atau egokah dia hanya tuhan saja yang tahu...kami mungkin terpisah dek cita-cita yang berbeza,cinta yang tak sama,tapi dia tetap teman terbaik yang pernah aku ada...impian kecilku nak jadi pengapit dia masa dia kahwin nt!!!

~~bercerita tentang cinta~~

cinta???apa ertinya cinta kepada kita???adakah hanya sekadar mengucapkan kata-kata cinta kepada orang yang kita sayang sahaja???cinta bagiku mungkin juga sama mungkin juga berbeza pada pandangan mereka...
bagiku cinta hidup seperti hembusan nafas,mati bila tiada lagi denyutan nadi yang dirasakan...
cinta ku pada yang menciptakan aku,tiada dapat ku ungkap dengan kata-kata,hanya zikir yang berkumandang dihati sahaja mampu kuiringkan setiap kali mendengar kalimahNYA,debar rasa hati mengucap kalimah syukur alhamdulillah bagi setiap kebesaranNYA...terlalu indah ciptaanNYA yang kurasakan takut untuk aku nikmati,seakan rasa tiada layaknya untuk aku merasai nikmatnya...rasa diri terlalu kerdil,terlalu hina,mengingatkan dosa-dosa yang pernah ku lakukan...kesalahan yang sering kali sukar untuk aku elakkan...sujud syukurku pada yang ESA,kerna masih berikan aku kesempatan untuk memohon kemaafan,masih berikan aku ruang untuk terus menjadi hamba yang dicintaiNYA...kasihku tiada pernah ku lupa pada junjungan Nabi Muhammad S.A.W,pembimbing hamba-hamba allah...berbekalkan sunnahnya kami cuba menempuh jalan hidup yang penuh liku...ingin sekali mencontohi semangat-semangat keberanian,kesabaran dan ketabahan Siti Khadijah,kelembutan dan kesopanan Siti Aisyah,semangat mereka yang menguatkan semangatku hari ini...cinta yang ku fahami juga cintaku pada seorang yang bernama ibu,yang telah mengharungi saat sakitnya melahirkan aku,melayani kerenahku siang dan malam tanpa jemu,dan cinta aku kepada seorang ayah yang telah bersusah payah membesarkan aku...jasa mereka terlalu tinggi nilainya sehinggakan setiap kali itu aku menangis memikirkan bagaimana caranya untuk ku bayar semuanya...tiada dapat ku langsaikan kerna terlalu ahal harganya sebuah pengorbanan mereka,menambahkan lagi rasa cintaku pada mereka kerna mereka memberikan aku saudara sedaging yang seringkali membahagiakan aku,aku masih berdiri berjuang adalah kerana mereka...kerna mereka pencetus segala rasa kekuatan ini...cintaku juga kesemadikan dalam erti persahabatan,aku mencintai mereka yang kunamakan sahabat dan rakan seperjuangan,mereka memberikan aku pengalaman yang mendewasakan,menemani aku saat aku perlu,jadi harusnya aku mencintai mereka...dan cintaku kepada seorang sahabat yang juga kunamakan kekasih...kerna dihatiku terdetik rasa untuk menyayanginya lebih dari aku menyayanginya sebagai seorang sahabat...ku kira cinta ini adalah anugerah,dan akanku pelihara anugerah ini sebaik mungkin...insyaallah...dan semua tentang ini kuertikan cinta...


<rasa bimbangku menggunung kepada remaja yang sering tersasar memberi pengertian tentang cinta,sehinggakan hanya mengutamakan cinta dunia dan melupakan cinta akhirat,doaku agar mereka kembali ke pangkal jalan,kembali mengenal apa itu cinta sebenarnya sebelum sampan yang mereka kayuh sesat dilautan dan sukar untuk kembali lagi ketepian>

~~kerna mereka adalah lelaki~~



                    <semoga mereka semua menjadi imam terbaik dalam hidup seorang wanita>


mereka...
bakal imam dalam kehidupan seorang wanita...
menjadi perisai kekuatan kepada lemahnya seorang wanita...
melindungi dan menyayangi wanita dengan sepenuh hati...
kerna mereka adalah lelaki...
ego mereka letakkan pada tahap yang tinggi...
sehingga sukar bagi wanita untuk menggapainya...
sukar bagi wanita melembutkan hatinya..
kerna kukuhnya imannya mereka...
mereka tiada menyerah kalah pada godaan wanita...
berpegang teguh pada sunnahnya...
berdiri teguh pada ajarannya...
mereka hanya menginginkan yang terbaik...
jadi mereka hanya memilih wanita yang terbaik...
kerna mereka adalah lelaki...
mereka lelaki terbaik..
mereka imam yang wanita impikan..
mereka idaman wanita yang sering dambakan...
mereka adalah pembimbing generasi masa hadapan...
merekalah imam dalam hidup yang bernama perempuan...

~~hAnYa InGIn mEnYiNtAi~~

menyintai DIA yang menciptakan...
kerna DIA memberikan aku peluang...
merasai yang dinamakan erti kehidupan...
menyintai DIA yang menunjukkan ku jalan...
kerna DIA takkan pernah biarkan aku terus tersesat dijalanan...
menyintai si ibu yang melahirkan...
kerna tanpanya siapalah aku sekarang...
menyintai si ayah yang mendewasakan...
penat lelahnya membanting tulang...
menyintai saudara yang sering memberikan ku senyuman...
kerana merekalah punca kekuatan...
menyintai mereka yang bernama teman dan taulan...
kerna merekalah pengajar ku erti kejayaan...
menyintai dia yang  menyintaiku...
kerna dia mengajarku mencipta impian dan harapan...
menyintai sekalian alam...
kerana segalanya anugerah tuhan...
menyintai yang sepatutnya aku menyintai...
dan aku namakan menyintai ini adalah kesempatan...
dan kesempatan ini kugelarkan ia anugerah...
dan mereka semua adalah anugerah terindah buatku...

~~syukur kepada yang ESA,kerna berikan aku peluang,terima kasih kepada mak abah kerana mendewasakan,terima kasih kepada saudaraku kerna memberikan aku semangat yang tak pernah putus,terima kasih kepada teman kerna mengajarku menjadi lebih matang dan terima kasih kepadamu kekasih kerna mengajarku erti kesetiaan~~


Thursday, June 23, 2011

~bicara rindumu~~

berbicaralah rindumu...
bicaralah pada angin yang lalu...
bicaralah pada ombak yang menghempas pantai...
bicaralah pada pohon yang menghijau...
bicaralah pada matahari yang menyinar suria...
biacaralah pada malam yang ditemani bulan dan bintang...
bicaralah...
biar dia tahu kau merindu...
biar dia tahu betapa dalamnya cintamu...
biar dia juga rasakan begitu...
bicaralah duhai hati...
rindu kamu hanya untuk dia...
cintamu hanya untuk dia ketika dia menjadi halal bagimu...
sayangmu pada dia bukankerana paras rupanya
bukan juga kerna hartanya...
tapi pada kejujuran dan keikhlasannya...
hiasikan hatimu juga dengan kejujuran...
penuhi hatimu dengan sinar keikhlasan...
semoga dia dapat membaca isi hatimu...
semoga dia tahu betapa kamu merindu...
~~rindu datang tanpa ku pinta~~

~~sesal dulu pendapatan~~

kerana egonya mereka...
hati seorang ibu mereka sanggup lukakan...
kerana ego...
hai seorang ayah dikecewakan...
kerana ego...
mereka biarkan diri mereka melara...
terus berada dalam kegelapan...
kerana ego...
mereka biar diri mereka dibayangi peristiwa hitam...
mereka ego dalam segalanya...
egonya mereka dalam menutur kata...
egonya mereka dalam menghayunkan langkah...
egonya mereka ...
tiada pula mereka sedar yang mereka hanya sekadar meminjam kehidupan hari ini dari kehidupan masa depan...
ego mereka menidakkan pada takdir yang telah ditentukan...
egonya mereka melepaskan tanggungjawab dan amanah yang diberi...
sehingga bila hati mereka akan dikuasai ego???
sehingga bila hati ayah dan ibu akan terus mereka lukakan???
sehingga bila harapan ayah dan ibu akan terus mereka kecewakan???
sehingga bila diri mereka akan terus mereka rosakkan???
sehingga bila???!!!!
<.......sesal kemudiam tiada gunanya lagi>



Wednesday, June 22, 2011

~~remaja itu~~

mereka masih tidak mengerti...
mereka masih juga tidak memahami...
saat meniti hari siang...
jalan mereka lalui seakan jalan yang gelap lagi berduri...
dan saat mereka lalui hari malam...
keadaan semakin kelam dan melukakan kaki yang melangkah...
mereka cuba mencari cahaya sang bulan...
juga sedikit sinaran kerlipan bintang...
namun masih juga mereka tersesat di pertengahan...
mereka buntu di persimpangan...
mereka tiada pendirian...
jalan mana yang harus mereka pilih...
kanan mereka cita-cita...
kiri mereka adalah cinta...
mereka membelok ke persimpangan cita-cita...
sesaatnya mereka berpatah ke simpang cinta...
mereka menjadi tiada arah...
mereka keliru...
pendirian mereka goyah dek iman tiada di dada...
cinta yang mereka pilih merosakkan diri...
menenggelamkan dasar hati yang nurani...
kenapa mereka tidak menggunakan cinta itu sebagai anugerah...
menjadikan cinta sebagai suatu inspirasi...
bukannya sebagai pendorong nafsu hakiki...
cinta mereka salah erti...
mereka lupa pada cinta yang hakiki...
tenggelam dalam dunia yang mereka cipta sendiri...
seakan terus membiar mereka bermimpi di siang hari...
melupakan cita-cita yang menjadi harapan ayah dan ibu...
kadang mereka sedar akan kebimbangan menghampakan perasaan itu...
tetapi mereka juga membiarkan diri mereka terus hanyut...
bermain dengan masa tanpa menghargai...
tanpa menyedari....
masa sedang meninggalkan mereka pergi...
dan yang akan tinggal hanyalah suatu penyesalan yang pasti...
dan masa tak mungkin dapat diulang kembali...

~~entah dimana cinta ini bermula~~

entah sejak bila cintanya mula bertapak dalam hati ini...
entah sejak bila hati ini terdetik untuk merindui...
dan entah sejak bila dia juga menyayangi diri ini...
yang pastinya aku hanya memandangnya dari jauh...
merinduinya tanpa jemu...
manyayanginya tanpa ragu...
menyintainya dalam diamku..
walau aku tahu dia tiada perasaan terhadapku...
dan aku hanya mampu menunggu....
menunggunya untuk kembali memandangku...
menyintainya tanpa mengharapkan balas...
cukup jika dia hanya kembali menoleh kearahku sambil tersenyum...
sudah cukup membahagiakan hati ini...
walau sakit rasanya menyintai dari jauh..
hati tetap tegar untuk terus merindui...
tiada pernah terlupa juga untuk terus menyayangi...
bersediaku untuk kecewa jika dia sudah miliki cinta hati...
walau kecewa itu melukakan aku rela...
kerna ikhlasnya hati menyintainya dalam diam...
cinta semakin kurasakan sejak dia jujur meluahkan...
tiada juga ku duga dan ku pinta...
kami punya cinta dan cita-cita yang sama...
sujud syukurku dianugerahkan dia dalam hidupku...
menangis ku terharu jujur kata-katanya juga menyayangiku...
jatuh cinta ku pada ketelusan hati dan budinya...
kejujuran dan keikhlasannya melahirkan kata...
tiada dusta...tiada juga buatku kecewa...
cinta yang dulu ku pandang dari jauh kini dihadapanku...
seakan mimpi yang sering bertandang menemani malamku...
dia kini bukan juga hanya dalam khayalku...
kerna dia wujud di mataku...
dan kulihat pandangan yang ikhlas...
seikhlas yang kudambakan...
dan keikhlasan ini masih setia menemani hariku...
terima kasih sayangku...


~~gerimis semalam adalah kenangan~~

tangis semalam adalah pengalaman...
suka atau duka pasti tangis bakal dititiskan...
tangisku kerna syukur atas anugerah yang diberikan...
bernafasku kerna diberi kesempatan...
kesempatanku untuk merasai nikmatnya hidup dalam menjalani sesuatu perhubungan...
memiliki ibu dan bapa yang tiada pernah ingin membiarkan aku lalai walau sesaat...
memiliki saudara yang senantiasa membimbingku menemui jalan pulang...
memiliki sahabat yang setia bersamaku suka dan duka...
memiliki kekasih yang sentiasa ingin melindungiku...
memiliki kesemua kebahagian yang dinamakan hidup...
sungguh aku bersyukur atas anugerahNYA...
ujianNYA ku cuba hadapi dengan tabah walau titis air mata menghalang pandanganku untuk terus melangkah menghadapi ujian...
ku sapu jua perlahan agar langkah ku dapat ku teruskan tanpa sebab yang menghalang perjuanganku...
takdir yang telah ditentukan aku terima denga redha...
semoga kejujuranku dapat dibaca melalui keikhlasanku...
dan tangis ini ku namakan pengajaran untuk hari yang bakal ku lalui esok...~~tangisku kerna syukur~~