sedang kaki melangkah,hati tiba-tiba mengeluh sendirian,seribu persoalan bermain di fikira,.sampai bila harus begini,hati ingin mencari ketenangan tapi seakan sukar untuk bertahan lamanya...saat aku sendiri,aku cuba mencari jawapan,jawapan di setiap persimpangan jalanku,adakah benar jalan yang aku ambil hasil dari keputusan yang hati buat??mengikut kata rasa bimbang aku binasa,mengikut kata hati aku takut mati...sungguh aku buntu dengan permainan ini,ingin saja aku lari menjauh hati,membiarkan persoalan ini terkapai-kapai mencari sendiri,tapi aku inginkan sebuah kehidupan yang sempurna,bahagia walau sukar untuk ku capai...lalu aku putuskan untuk terus berjuang selagi hayat dikandung badan,dan segalanya ku serah kepada takdir yang telah tercipta khas untukku...dan saat ini aku memerlukan seseorang yang boleh ku jadikan tempat ku bersandar saat hati penat menanggung rasa sakit,seseorang yang boleh mengesat air mataku saat menitis kerana terluka...memerlukan tangan yang boleh membimbingku ke jalan yang benar,memimpinku menyeberangi jalan saat aku takut berhadapan dengan hakikat sebenar...
<really need someone to hear my heart was crying this moment>
No comments:
Post a Comment