~~salam ramadhan buat semua umat islam di muka bumi allah ini,semoga ramadhan kali ini membawa sejuta keberkatan dalam hidup kita,menyalakan lagi sinar bahagia dalam hidup kita,semoga allah sentiasa merahmati hidup kita semuanya...bersyukurlah atas limpah rahmat kurnianya,kita masih diberi peluang untuk merasai apa yang dinamakan hidup,diberi peluang kedua untuk membetulkan setiap kesilapan yang pernah kita lakukan,memperbaiki diri kita supaya menjadi yang lebih baik lagi,berbanding mereka yang terlebih dahulu dijemput allah,kita hari ini masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan ibadahNYA...berpuasa bersama keluarga yang kita cintai,nasib kita mungkin lebih baik dari mereka yang terpaksa berpuasa sendirian tanpa keluarga yang tercinta...
~~al fatihah juga buat arwah abg syah yang hampir 12 tahun telah pergi meninggalkan kami,rasa rindu itu tak pernah hilang,dia abg yang amat ku sayang...sayangnya terlalu muda usianya ketika dia pergi,mungkin ada hikmahnya,dan kami perlu redha atas pemergiannya...menjelang ramadhan hati ini sering rasa rindu kepadanya...teringat kembali kenangan kami ketika dia masih lagi bersama-sama..seringkali aku bergaduh dengannya,kerna sikapnya yang suka mengusik,kenangan itu sehingga hari ini sukar untuk aku lupakan,jika masa boleh diulang kembali,takkan sesekali aku bergaduh dengannya...dia abg yang baik,sayang akan adik-adiknya...walau dia telah lama pergi,terasa seakan dia masih ada,ditambah dengan kehadiran seseorang dalam hidupku kini yang sedikit sebanyak mengingatkan aku kepada arwah abg,sikap mereka yang serupa,senyum mereka yang sama...menjadi pengubat rindu aku kepada arwah abg..semoga allah menempatkan arwah abg dalam kalangan mereka yang beriman...aminnnn
No comments:
Post a Comment