cemburu melihat kebahagian mereka yang lain,
seakan hujan emas yang mencurah dalam kehidupan mereka,
sedang aku???
menangis dalam hujan untuk menyembunyikan rasa sakit yang aku alami,
sakit kerana kecewa realiti yang tak seindah mimpi,
seringkali ku diuji saat aku mula ingin mengecapi rasa bahagia,
rasa bahagia itu cuma hanya seketika,
kadang aku tertanya,kenapa????
adakah aku tidak layak untuk merasai kebahagian seperti yang lain,
sedang aku juga manusia biasa,
ingin memiliki apa yang aku inginkan,
walau aku rasa aku tak mampu,
sehinggakan hari ini,
aku sudah merasakan mungkin yang sebenarnya aku tidak layak,
aku hanya mampu mengumpul kekuatan,
yang aku masih lagi cuba mencari,
bagi melawan rasa kecewa ini,
tak ingin aku jatuh,
tak ingin juga aku biarkan semangat aku mati,
kerna perjuangan aku masih belum selesai,
dan ketika ini,
aku sedang cuba untuk menerima hakikat sebuah kenyataan,
yang tika semalamnya aku berpura-pura tidak melihat,
kerna takut untuk menerima,atau aku tidak cukup siap???
dan perlahan demi perlahan aku perlu melangkah pergi,
meninggalkan segala rasa disini,
aku hanya mampu menyintai,
tapi tak mampu untuk aku miliki,
kerna rasa bahagia itu bukan untuk aku,
dan itulah hakikatnya...
No comments:
Post a Comment