:: kerna hati tak mampu berbicara ::

:: kerna hati tak mampu berbicara ::
...aku penanti yang setia...

Friday, June 7, 2013

:: belajar mengenali cinta dahulu ::

**perasaan sendiri yang mendetikkan kata hati tentang cinta**


cinta adalah suatu perasaan yang lahir dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa,
cinta juga boleh dipelajari dengan rasa mahunya sendiri,
kita mampu belajar mencintai  yang mencintai kita,
kita mampu belajar menghargai  yang menghargai kita,
menyintai bukannya mudah kerana memerlukan pengorbanan,
dicintai pula amatlah payah kerana memerlukan keikhlasan,
bukan mudah kita untuk bertemu dengan cinta yang sebenar,
kerana cinta sebenar sememangnya suatu anugerah,
anugerah terindah,
tapi seringkali cinta menjadi taruhan,
cinta menjadi hukuman,
cinta menjadi persoalan,
cinta menjadi penghalang,
hati inginkan cinta yang bagaimanakah,
belajarlah menghargai cinta,
jangan dipersia cinta takkan kemana,
cinta pertama belum tentu dapat dimiliki,
sedang cinta kedua adalah untuk memperbaiki diri,
sedang yang baik itu buruk buat kita,
yang buruk itu pula sememangnya baik buat kita,
siapa sangka,siapa menduga,
jangan terlalu ikutkan hati,
jangan terlalu mengikut kata rasa,
ikut kata akal fikiran yang mampu berfikir logik,
cuaca boleh berubah,
begitu juga manusia dan cinta...

 ...kau yang terindah...

Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang
Bagai Semalam Semuanya Hilang

p/s : belajar mengenali cinta dulu,cinta bukanlah segalanya tapi kita masih memerlukan cinta...
khas buat pencinta-pencinta yang sudah cukup usia,yang masih mentah lagi masih banyak perkara yang perlu diambil berat,jangan silap membuat keputusan...
**KEJAR CITA-CITA DAHULU DAN CINTA AKAN DATANG KEMUDIAN**

Saturday, February 23, 2013

:: ada janji yang melingkar dijari ::




yang dinanti bakal tiba,
yang dicari sudah dijumpai,
apa ertinya cinta tanpa kita,
jika sudah terpatri ikatan sebuah janji...

bukan harga menjadi persoalan,
bukan rupa menjadi ukuran,
bukan janji yang akan diketengahkan,
hanya cinta menjadi percaturan...

jangan memilih yang berharta,
bimbang cinta tiada usahanya,
kalau memilih yang papa kedana,
bersusah senanglah bersama...
 

a


melingkar dijari sudah ketentuan,
jika cinta sudah suratan,
menjadi saksi cinta sepadan,
bukti janji bukan hanya sebutan...

menjadi penanda cinta bersambutan,
menghalang diri tiada kebatasan,
tersegam indah sebagai peringatan,
persediaan kita di masa hadapan...






kukuh indah sebuah kekuatan,
setelah cinta habis diperjuangkan,
kenapa kita harus dipisahkan,
jika pertemuan kita telah diikatkan...


jangan ditanya kenapa dia yang menjadi pemilik,kerana cintanya telah lama ditentukan...jangan diragu cinta yang hadir jika ianya akan mendatangkan sejuta rasa kebahagiaan...jangan ditakut pada pertemuan walau perpisahan bakal mendatang...cincin dijari hanya pengikat janji, yang terpatri nanti adalah keikhlasan sepasang hati ;-)

--> selamat menjalani kehidupan yang baru buat sahabat-sahabat, semoga perhubungan yang dibina berlandaskan rasa kasih dan sayang itu akan berpanjangan, jangan pernah berhenti untuk berjuang jika yakin dia adalah jodoh yang telah ditentukan, semoga kebahagian milik kita semua, in shaa allah ;-) 


:: ct :: 
 

Wednesday, February 20, 2013

...jangan terlalu sayang,jangan terlalu benci...

seringkali di pesan,
seringkali diingati,
jangan terlalu sayang,
jangan terlalu benci,
kerana kata-kata bisa memakan diri,
hari ini menyayangi,esok mungkin membenci,
hari ini membenci,esok mungkin menyayangi,
kerna kemungkinan itu adalah pasti...
sedang kita menyukai sesuatu padahal ianya buruk untuk kita,
sedang yang kita benci itu adalah sebenarnya baik buat kita...
yang tersurat jelas kita lihat pada dasar yang kelihatan,
sedang yang tersirat pasti menjadi suratan...
permulaan atau pengakhiran,
yang sukar menjadi mudah,
yang mudah menjadi sukar,
jika kata yang dibicara tak dapat dibaca hati,
hati sendiri akan kebingungan sendiri,
sebelum datangnya benci,hati terlalu sayang,
sebelum datangnya sayang,hati terlalu benci...
jangan terlalu pasti pada kata yang diatur tanpa baris penamat,
kerana kata-kata hanya mampu berjanji,
untuk menepatinya jauh sekali terbukti,
dan di akhirnya akan ada hati yang akan dilukai,
bersedialah untuk sayang,bersedialah untuk benci,
kerna hidup adalah putaran yang tak pernah kenal erti berhenti...


to be continue...

*siti*

Saturday, December 15, 2012

bercakap di hadapan cermin lebih baik ;-)






                                                              HAPPY FINAL EXAM!!!

satu,dua tiga,empat,lima...
tak terhitung lagi hari yang bakal menjelang,
final exam yang bakal tiba,
nak "happy"lagi???
nak menyerah kalah pun dah tak boleh dah,
penat berjalan sampai nak ke penghujung,
susah senang diri sendiri yang tanggung,
tak pandai bukan takdir,
tapi ianya satu kesilapan,
mungkin juga silapnya diri,
mana mungkin silap orang lain bukan,
tak pandai kerana malas,
tak pandai kerana leka,
ya...sememangnya diri yang salah,
selalu sangat orang cakap,
hanya yang rajin akan maju kedepan,
dan yang malas???
akan selamanya di belakang,
ketinggalan dan ditinggalkan...
orang tua-tua cakap,
menyesal dulu pendapatan,
nyesal kemudian,apa pun tak boleh dah ..
hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih,
sikit atau banyak masa lagi,
kena gagahkan juga,
usaha tetap kena ada,
perlahan-lahan dayung sampan,
walau lambat untuk sampai ketengah,
tak mengapa asalkan kita pernah ada usahanya juga,
bukan senang nak senang,
bukan susah nak susah,
walau jatuh berkali,
walau tiada teman disisi,
walau sering dicaci dan dikeji,
tetap bangun,tetap harus berdiri,
usahalah sendiri,
kerana kita hidup untuk diri sendiri,
dan rasa "happy" itu mampu dirasai sendiri selepas dapat hasilnya nanti...
go,go chaiyuk for final exam!!!
sikit sahaja masa lagi untuk genggam cita-cita!!!




:: SITI ::

Tuesday, October 2, 2012

luka diri kerana hati

kata orang,
berkawan biar beribu bercinta biar satu,
kata orang juga,
ikut kata hati mati,ikut kata rasa binasa,
kenapa mesti harus berkawan beribu,
sedang saat kita perlu tiada walau satu,
kenapa cinta biar satu,
saat dikecewa hati pun patah,
apa ada pada erti persahabatan,
jika akhirnya kawan makan kawan,
apa adanya erti percintaan,
jika akhirnya putus di tengah jalan,
terlalu percaya pada hati,
sehingga diri turut dilukai,
hingga terlupa pada akal yang mampu mengawal diri,

 

Saturday, June 16, 2012

dari terus menyakiti

bukan kemahuan,
bukan juga kehendak,
bukan juga berniat,
bukan juga suatu alasan,
tapi jika ini yang sudah tertulis,
mungkin begini pengakhirannya,
dari kita terus saling menyakiti,
dari kita terus mencipta benci,
sehingga menghilangkan rasa kasih yang pernah bersinar suatu ketika dulu,
rasa yang tak lagi sama,
kerna semalam takkan jadi hari ini,
kerna hari ini tak ingin lagi terus menemani hari semalam,
atas rasa kekecewaan,hati disakiti,hati dilukai,
maaf,tiada langsung terniat,
mungkin hati terlalu diburu rasa kecewa,
terlalu memendam sejuta rasa,
saat diluah,
ada yang lagi kecewa,
mungkin juga kita sudah tidak sehaluan,
namun,
cinta kita bukan sekadar persinggahan,
walau kita saling membenci,
jangan pernah cuba untuk membuang kenangan,
kerna kenangan itu suatu keikhlasan...
 

kebahagian yang tak mampu dimiliki

cemburu melihat kebahagian mereka yang lain,
seakan hujan emas yang mencurah dalam kehidupan mereka,
sedang aku???
menangis dalam hujan untuk menyembunyikan rasa sakit yang aku alami,
sakit kerana kecewa realiti yang tak seindah mimpi,
seringkali ku diuji saat aku mula ingin mengecapi rasa bahagia,
rasa bahagia itu cuma hanya seketika,
kadang aku tertanya,kenapa????
adakah aku tidak layak untuk merasai kebahagian seperti yang lain,
sedang aku juga manusia biasa,
ingin memiliki apa yang aku inginkan,
walau aku rasa aku tak mampu,
sehinggakan hari ini,
aku sudah merasakan mungkin yang sebenarnya aku tidak layak,
aku hanya mampu mengumpul kekuatan,
yang aku masih lagi cuba mencari,
bagi melawan rasa kecewa ini,
tak ingin aku jatuh,
tak ingin juga aku biarkan semangat aku mati,
kerna perjuangan aku masih belum selesai,
dan ketika ini,
aku sedang cuba untuk menerima hakikat sebuah kenyataan,
yang tika semalamnya aku berpura-pura tidak melihat,
kerna takut untuk menerima,atau aku tidak cukup siap???
dan perlahan demi perlahan aku perlu melangkah pergi,
meninggalkan segala rasa disini,
aku hanya mampu menyintai,
tapi tak mampu untuk aku miliki,
kerna rasa bahagia itu bukan untuk aku,
dan itulah hakikatnya...